Brek Brembo Kini Boleh Digunakan Pada Basikal MTB

5 May 2026 • 9:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Brek Brembo adalah sinonim dengan kereta lumba F1 dan juga motosikal Moto GP. Pendek kata jika ingin sistem brek mencengkam berprestasi tinggi, Brembo menjadi pilihan pasukan lumba profesional. Kini Brembo memasuki arena brek untuk perlumbaan basikal bukit (MTB) dan mula menjual kit sistem brek mereka kepada semua.

Image from: Brek Brembo Kini Boleh Digunakan Pada Basikal MTB

Tahun lalu mereka mengeluarkan sistem brek MTB untuk pasukan Specialized Bicycles’ Gravity Team. Kit Brembo GR-Pro yang mereka tawarkan ini direka untuk basikal MTB, basikal turun bukit dan juga eMTB. Ia ditawarkan dengan cakera brek 200-mm dan 220-mm setebal 2.3-mm serta angkup brek yang diperbuat daripada aloi. Pad brek khas dibangunkan khusus untuk digunakan oleh MTB untuk cengkaman optimum.

Image from: Brek Brembo Kini Boleh Digunakan Pada Basikal MTB

Cakera brek direka untuk menyebarkan haba dengan pantas sementara minyak brek yang digunakan pula menawarkan brek yang konsisten dalam pelbagai situasi suhu. Keseluruhan kit sistem brek (tanpa cakera) dijual pada harga €750 (~RM 3470) bermula Julai  tetapi pada waktu ini dipasarkan di Eropah sahaja.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved