Penyanyi terkenal antarabangsa, Britney Spears kahwini diri sendiri dan membuat pengumuman tersebu menerusi laman sosial Instagram miliknya, kelmarin.

Foto: Instagram Britney Spears
Menerusi perkongsiannya itu, Britney memuat naik satu rakaman video yang menunjukkan dirinya mengenakan gaun pengantin berwarna putih yang bukan dari salah satu daripada tiga perkahwinannya sebelum ini, tetapi dari apa yang dia sebutkan ialah perkahwinannya kepada dirinya sendiri.

Foto:Vogue
Britney Spears dilaporkan sudah setahun lebih berpisah dengan Asghar sebelum disahkan bercerai pada 2 Mei lalu.

Foto: Instagram Britney Spears
“Hari saya berkahwin dengan diri saya sendiri… Membawanya kembali kerana ia mungkin kelihatan memalukan atau bodoh, tetapi saya fikir ia adalah perkara paling cemerlang yang pernah saya lakukan!” tulisnya di perkongsian tersebut.
Namun begitu, penyanyi tersebut dilihat menutup ruangan komen daripada menerima sebarang maklum balas daripada netizen.
Untuk rekod, Britney juga pernah berkahwin dengan dua individu lain iaitu Kevin Federline dan Jason Allen Alexander.

Foto: Los Angeles Times

Foto: TheSun
Sumber: Instagram Britney Spears
The post Britney Spears Kahwini Diri Sendiri Selepas Tiga Kali Gagal Dalam Perkahwinan appeared first on Borak Daily.


