‘Bromance’ Yang Berjaya! Gandingan Zul Ariffin Dan Ropie Dalam Don Dukun Ketengahkan Filem Komedi Seram Bersifat Keluarga

2 Nov 2024 • 3:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penerbit Gayatri Su-lin Pillai menyifatkan filem terbitannya iaitu Don Dukun adalah filem komedi seram yang sesuai untuk ditonton seisi keluarga.

Sesuai Tontonan Seisi Keluarga



 “Apabila pertama kali nampak sisi kelakar Zul Ariffin digandingkan dengan Ropie pula, ia bromance yang berjaya.

“Saya juga terinspirasi daripada pengarah Arwah Mamat Khalid punya cerita,” ujarnya kepada Gempak.

Tambah Gayatri lagi, dia berpendapat industri filem melayu khususnya jarang mengetengahkan filem yang bersifatkan kekeluargaan.

“Bagi saya, saya tak mahu bandingkan filem Hantu Kak Limah dengan Don Dukun, ia karya yanag berbeza.

“Don Dukun adalah genre komedi seram yang bersifat keluarga. Kita perlu hasilkan sesuatu yang sesuai untuk tontonan keluarga terutamanya bagi kanak-kanak.

“Saya rasa dalam pasaran filem tempatan, kita jarang ada filem yang bersifat kekeluargaan,” jelasnya lagi,” katanya.

Don Dukun menampilkan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Zul Ariffin, Ropie Cecupak, Douglas Lim, Datuk Yusof Haslam, Sangeeta, Marsha Milan, Elly Arifin dan ramai lagi.

Jom sama-sama kecut perut, pecah perut dengan menyaksikan filem Don Dukun di pawagam seluruh negara sekarang!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved