Bront Palarae Dinobatkan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Dari Anugerah Negara Thailand

Entertainment
11 May 2025 • 8:51 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon versatile Malaysia, Bront Palarae telah dinobatkan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik oleh sebuah anugerah seni dari negara jiran kita iaitu Thailand.

Bront Palarae atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin telah berkongsi berita tersebut menerusi Instagram malam tadi.

Dalam perkongsian di Instagram itu, Bront telah mendapat pengiktirafan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Thailand oleh 21st Baan Nang Klang Lakorn Award 2024.

image is not available

Bront Palarae telah meraih anugerah berkenaan menerusi filem seram Thailand iaitu The Cursed Land menerusi watak Heem yang dilakonkannya.

image is not available

Pelakon yang turut popular menerusi filem Ombak Rindu dan Pengabdi Setan itu turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan kru dan pelakon filem The Cursed Land itu atas kerja keras setiap dari mereka yang terlibat dalam pembikinan filem tersebut.

Untuk pengetahuan anda, filem The Cursed Land itu kini boleh ditonton di platform penstriman Netflix. Sebelum itu, boleh tonton trailer filem ini terlebih dahulu.

Tahniah Bront Palarae!

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.