“Brother, Ada Orang Nak Cuba Bunuh Saya!”- Tiga Lelaki Bertopeng Didakwa Serang Cikgu Chandra

LocalPolitics
9 Mar 2026 • 6:39 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung, berkongsi pengalaman mengejutkan selepas mendakwa dihubungi seorang lelaki dikenali sebagai Cikgu Chandra dalam keadaan nafas tercungap-cungap, mendakwa dirinya cuba dibunuh.

“Brother, ada orang nak cuba bunuh saya!” ujar beliau menerusi kenyataan di Facebook rasminya pada Isnin.

Firdaus Wong memaklumkan, menurut Cikgu Chandra, tiga lelaki bersenjatakan parang memasuki perkarangan rumahnya di Puchong sambil memakai topeng penuh.

Tiga Lelaki Bertopeng Didakwa Serang Cikgu Chandra

Mereka turut memecahkan cermin kereta dan tingkap rumah sebelum cuba memecah masuk ke dalam rumah.

image is not available

image is not available

“Siapakah pelakunya dan siapakah dalangnya? Mohon pihak berkuasa siasat dan tangkap kesemua pelaku serta mereka yang menghasut sehingga mereka berani melakukan semua ini!” katanya lagi.

Tambah beliau, pihak polis ketika ini sedang dalam perjalanan ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut.

Dalam hantaran berasingan, Firdaus Wong memaklumkan langkah keselamatan tambahan telah diambil untuk melindungi keluarga Cikgu Chandra.
“Saya telah meminta sahabat untuk memindahkan keluarga Cikgu Chandra ke kawasan perumahan majoriti Muslim demi keselamatan mereka semua,” katanya.

Firdaus Wong turut menegaskan lokasi baharu keluarga tersebut dirahsiakan bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan.

Sumber: FB Firdaus Wong