Tiga lelaki cuba serang Cikgu Chandra?

LocalPolitics
9 Mar 2026 • 5:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kenyataan dimuat naik Firdaus Wong di Facebook rasminya berkenaan dakwaan kejadian menimpa Cikgu Chandra.

SHAH ALAM – “Brother, ada orang nak cuba bunuh saya!”

Itu perkongsian pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung selepas mendakwa dihubungi seorang lelaki dikenali sebagai Cikgu Chandra dalam keadaan nafas tercungap-cungap.

Perkara itu dikongsikan Firdaus Wong menerusi kenyataan di Facebook rasminya pada Isnin.

“Dia (Cikgu Chandra) memaklumkan kepada saya bahawa tiga lelaki memakai topeng penuh dan bersenjatakan parang masuk ke perkarangan rumahnya serta memecahkan cermin kereta dan tingkap rumahnya di Puchong sebelum cuba memecah masuk ke dalam rumah.

“Siapakah pelakunya dan siapakah dalangnya? Mohon pihak berkuasa siasat dan tangkap kesemua pelaku serta mereka yang menghasut sehingga mereka berani melakukan semua ini!” katanya.

Tambahnya, pihak polis juga sedang dalam perjalanan ke rumah Cikgu Chandra.

Sinar Harian sedang mendapatkan pengesahan dan maklumat lanjut daripada pihak polis.