Bryan ceriakan kontinjen AUG 2024

28 Jun 2024 • 6:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Bryan Leong Xin Ren

image is not available
Bryan mengungguli acara 100 meter kuak kupu-kupu lelaki dengan catatan 54.02 saat.

KEM renang terus menjana pungutan pingat emas hari ketiga temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) Surabaya-Malang 2024 apabila Bryan Leong Xin Ren membutirkan medal tersebut pada Jumaat.

Penuntut King’s College London itu mengungguli acara 100 meter kuak kupu-kupu lelaki dengan catatan 54.02 saat (s) di Kolam Renang Komite Olahraga Nasional Indonesia (KONI), Surabaya.

Pingat perak pula diraih Ong Jung Yi dari Singapura dengan catatan masa 54.93s manakala gangsa milik wakil Indonesia, Joe Aditya Wirjaya Kurniawan (55.16s).

Sebagai rekod, ini pingat emas kedua Bryan yang sebelum ini menghadirkan emas dalam acara 50m kuak kupu-kupu lelaki selain merangkul pingat gangsa dalam acara 50m kuak dada lelaki.

**media[2706713]**

"Sejujurnya kondisi saya tidak berada pada tahap terbaik hari ini, malah ketika ini saya masih lagi demam.

"Namun saya amat gembira apabila dapat menghadiahkan pingat emas buat kontinjen Malaysia," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved