Nasi dipanas semula boleh sebabkan keracunan

23 Dec 2019 • 3:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Nasi yang dipanaskan semula untuk dimakan boleh menyebabkan keracunan makanan.

Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi satu kenyataan dimuat naik dalam akaun Facebook rasminya hari ini memaklumkan, ia bukan kerana pemanasan semula nasi tersebut namun cara nasi itu disimpan sebelum dipanaskan.

“Nasi yang ditinggalkan dalam suhu bilik lebih empat jam menyebabkan spora yang ada dalam nasi itu aktif semula.

“Ini menyebabkan pembiakan bakteria ‘bacilus cereus’ sehingga menghasilkan toksin beracun,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan nasi yang sudah berlendir dan berbau tidak boleh dimakan.

“Sebab itu penting untuk kita menitik beratkan penyimpanan makanan. Nasi telah dimasak dan tidak habis dimakan mesti disimpan dalam peti sejuk dalam bekas yang tertutup,” menurut kenyataan itu lagi.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved