BTS bengang, boikot Anugerah Grammy!

EntertainmentMusic
30 Jul 2026 • 12:43 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: BTS bengang, boikot Anugerah Grammy!

KUMPULAN sensasi K-pop, BTS mengejutkan industri muzik antarabangsa apabila mengumumkan tidak akan menghantar pencalonan untuk  Anugerah Grammy 2027.

Keputusan itu dipercayai dibuat sebagai tanda bantahan terhadap kategori baharu, Best Asian Pop Music Performance yang diperkenalkan Recording Academy untuk edisi anugerah akan datang.

BTS menegaskan mereka mahu karya muzik dinilai berdasarkan seni dan kualiti, bukannya dikelaskan mengikut rantau atau bahasa.

“Kami memutuskan untuk tidak menghantar sebarang pencalonan Anugerah Grammy tahun ini. Kami berharap muzik kami didengar dan dihargai seadanya, bukan dibahagikan mengikut wilayah atau bahasa,” kata mereka dalam kenyataan itu.

Langkah berani itu mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan peminat serta pemerhati industri muzik.

Walaupun kategori baharu tersebut diperkenalkan dengan tujuan memberi lebih pengiktirafan kepada artis Asia, ramai berpendapat ia secara tidak langsung mengasingkan artis K-pop, J-pop dan C-pop daripada kategori arus perdana yang lebih berprestij.

BTS sebelum ini mencipta sejarah sebagai kumpulan K-pop pertama menerima pencalonan Grammy dan mendapat lima pencalonan sepanjang karier mereka.

Namun, sehingga kini mereka masih belum pernah membawa pulang trofi Grammy biarpun lagu Dynamite dan Butter antara karya yang disebut-sebut sebagai pemenang.

Keputusan untuk tidak menyertai Grammy dianggap signifikan memandangkan album terbaharu mereka, ARIRANG dikatakan antara karya  berpotensi besar meraih pencalonan dalam kategori utama iaitu ‘Album of the Year’ dan ‘Song of the Year’.

Pengunduran BTS dijangka memberi impak besar terhadap acara berprestij tersebut memandangkan kumpulan itu merupakan antara nama paling berpengaruh dalam industri muzik global, selain memiliki jutaan peminat setia seluruh dunia.

Selain BTS, antara artis lain yang pernah memboikot anugerah itu ialah Eminem, The Weeknd, Drake dan Frank Ocean. – KOSMO! ONLINE

The post BTS bengang, boikot Anugerah Grammy! appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved