“BTS Paling Banyak Sumbang” – Dakwa SEVENTEEN Bina HYBE, Kenyataan MBC Teruk Dikecam Peminat

Music
21 Apr 2024 • 12:59 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Kalau sebut je HYBE, mesti terus teringat BTS kan?

Namun baru-baru ini, program “Hangout With Yoo” telah melancarkan teaser untuk episod akan datang dan membuat satu kenyataan yang teruk dikritik peminat BTS.

Dalam video itu, ahli pergi melawat syarikat HYBE dan terdapat kenyataan yang ditulis,

Ibu pejabat HYBE yang dibina oleh SEVENTEEN.

Selepas klip itu tersebar, ARMY rata-rata bengang kerana tidak dinafikan bahawa BTS yang membina HYBE bermula dari Big Hit Music. Malahan, peminat SEVENTEEN juga turut terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan dan menggesa MBC untuk segera membuat permohonan maaf.

Bagaimanapun setakat ini, MBC masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan namun telah menyunting video itu dengan kenyataan baru,

Selamat datang ke ibu pejabat HYBE. Malah ahli-ahli turut kagum dengan bangunan baharu itu.

Alamak..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.