“Tiada Kesedaran..” – Ahli EXO Ini Teruk Dikritik Dek Bangga Promosi Jenama Diboikot

Music
5 Apr 2024 • 11:09 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Nampaknya, masih ada idola yang belum begitu sedar tentang kempen boikot secara global yang sedang berlaku kini.

Baru-baru ini, Bae-khyun EXO telah melakukan siaran langsung menerusi laman Instagram, untuk berborak bersama peminat.

Namun ketika sedang melakukan mukbang, peminat sedikit kecewa ketika lelaki itu dengan bangga menunjukkan tin air Coca-Cola, iaitu salah satu jenama yang diboikot secara global kini kerana sokongan mereka pada Israel untuk menyerang Gaza.

Menerusi laman X, ramai yang telah meluahkan rasa kecewa kepada Baek-hyun kerana dia sepertinya kurang peduli terhadap isu kemanusiaan.

Antara komen yang ditulis,

Saya tahu dia suka Coke sangat tapi…

Wang yang anda belanjakan untuk tiket konsert Baek-hyun berpotensi digunakan untuk dia membeli Coke dan Starbucks. Jadi bukankah awak sepatutnya memboikot konsert itu?

Tegur je dia macam awak tegur idola lain.

Dia tunjuk dengan bangga pula tu hmm.

Saya penat dengan orang dewasa yang tiada kesedaran ni.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.