Buah Anggur ‘Shine Muscat’ Didakwa Ada Kimia Berbahaya, KPKM Mulakan Siasatan

Entertainment
28 Oct 2024 • 10:38 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Antara buah yang menjadi kegilaan ramai kebelakangan ini ialah buah anggur yang dikenali dengan nama Shine Muscat.

Buah anggur jenis ini biasanya berwarna hijau, tidak berbiji (seedless) dan mempunyai tekstur yang rangup serta mempunyai aroma yang lebih manis.

Pun begitu, baru-baru ini Rangkaian Amaran Racun Perosak Thailand (Thai-PAN) memberi amaran berhubung pencemaran anggur tersebut, selepas mendapati kebanyakan sampel yang dikumpul mengandungi sisa kimia berbahaya melebihi paras maksimum yang dibenarkan.

image is not available

Menurut laporan Berita Harian, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan membuka siasatan berkenaan anggur Shine Muscat itu serta membuat pemeriksaan teliti.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata pihaknya akan merujuk perkara itu kepada agensi berkaitan termasuk MARDI untuk membuat pengesahan.

“Bagaimanapun setakat ini kita tidak menerima aduan berhubung perkara ini. Pengesahan isu ini akan dibuat.

Kita amat teliti berhubung perkara ini kerana ia membabitkan soal kesihatan dan pemantauan berterusan akan dilakukan. Jika dikesan mengandungi bahan kimia berbahaya, kita akan ambil tindakan susulan,” katanya.

Anggur Muscat ini merupakan varian anggur dari Eropah yang berukuran besar, berbiji emas kehijauan dengan rasa manis dan aroma yang lembut.

Selain dimakan begitu sahaja, anggur Muscat ini biasanya diolah untuk menghasilkan wain atau dijadikan kismis.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.