Buang Sayang juara Golf 6 Penjuru Pantai Manis

2 Jul 2025 • 12:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Rahim Matnin

Kota Kinabalu: Pasukan Buang Sayang muncul juara Kejohanan Golf 6 Penjuru Pantai Manis 2025 selepas menewaskan lima pasukan lain dalam pertandingan yang berlangsung penuh semangat kesukanan dan persahabatan.

Kejohanan tersebut berlangsung di Kelab Golf Nexus Karambunai, di sini pada Sabtu, dengan penganjuran bersama oleh Persatuan Pemain Golf Pantai Manis dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kawasan N29 Pantai Manis.

Kejohanan itu telah dipengerusikan oleh Hj Rahman Hj Latip Hj Awang Ameng, selaku Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Pantai Manis.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Majlis perasmian disempurnakan oleh Datuk Hj Pg Saifuddin Hj Pg Tahir@Datuk Ngian, Timbalan Ketua Bahagian PGRS Pantai Manis merangkap Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Naib Johan diraih oleh Benoni Team, manakala Kelanahan Team menduduki tempat ketiga.

Dalam pada itu, Rahman berkata penganjuran kejohanan tersebut bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara pemain di samping mencungkil bakat pelapis dari Pantai Manis dalam sukan golf.

Sementara itu, Saifuddin menyifatkan kejohanan ini sebagai platform sesuai untuk mengasah bakat muda agar terus maju ke hadapan dalam arena sukan.

“Acara Ini juga adalah acara tahunan yang sering diadakan bagi kawasan DUN Pantai Manis”, tambah Saifudin.