Buat aksi jet ski di jalan banjir Bangkok, lelaki didakwa cetus gangguan awam

29 Sep 2026 • 2:50 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Lelaki menaiki jet ski di jalan raya yang dinaiki air ketika banjir di Bangkok.

Tindakan seorang lelaki menjadikan jalan raya yang dilanda banjir sebagai lokasi melakukan aksi jet ski membawa padah apabila dia dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa Thailand.

Lelaki berusia 27 tahun itu melakukan aksi berkenaan di Jalan New Phetchaburi, Bangkok pada Ahad, ketika beberapa kawasan di ibu negara Thailand masih dinaiki air susulan hujan lebat.

Rakaman yang tular di media sosial memaparkan lelaki terbabit memecut dan membuat beberapa pusingan menggunakan jet ski sehingga menghasilkan ombak yang menghala ke kediaman, laluan pejalan kaki serta struktur di tepi jalan.

— RTVisual (@RT_Visual_on_X) September 28, 2026

Susulan kejadian itu, polis Makkasan mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan atas kesalahan menyebabkan gangguan awam, selain jet ski yang digunakan turut dirampas.

Rakannya yang merakam aksi tersebut juga berdepan tindakan kerana didakwa membantu perbuatan berkenaan.

Menurut laporan South China Morning Post, mahkamah pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara 15 hari yang ditangguhkan terhadap lelaki terbabit selain mengenakan denda. Jet ski yang dirampas turut diperintahkan untuk dilucutkan.

The post Buat aksi jet ski di jalan banjir Bangkok, lelaki didakwa cetus gangguan awam appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved