Singapura dakwa lelaki muat naik imej buaya AI palsu di Pandan Reservoir

WorldTechnology
29 Sep 2026 • 7:13 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Singapura dakwa lelaki muat naik imej buaya AI palsu di Pandan Reservoir

SINGAPURA: Polis Singapura pada Selasa mendakwa seorang lelaki kerana memuat naik gambar buaya yang dijana kecerdasan buatan (AI) di sebuah takungan air terbesar negara itu, sekali gus mencetuskan kebimbangan awam dan operasi pencarian besar-besaran.

Lelaki itu, Ye Lin, 30, warga Myanmar, didakwa atas kesalahan menyampaikan mesej palsu serta menghalang proses keadilan, menurut polis dan media tempatan.

Polis Singapura mendakwa Lin mencipta gambar buaya air masin itu menggunakan AI bulan lalu sebelum menghantarnya kepada seorang rakan sekerja.

Pihak berkuasa kemudian menerima laporan mengenai kemungkinan kehadiran pemangsa berbahaya itu di Pandan Reservoir, lokasi popular untuk berjoging dan berkayak di barat pusat bandar.

Operasi pencarian besar-besaran dilancarkan dan semua aktiviti di kawasan berkenaan digantung.

Bagaimanapun, pihak berkuasa kemudian mendapati gambar yang diberikan berhubung laporan kemunculan buaya itu adalah palsu dan perkara berkenaan dirujuk kepada polis”, menurut satu kenyataan.

“Lelaki itu kemudian memadam gambar dan aplikasi berkaitan dalam usaha menyembunyikan perbuatannya,” menurut kenyataan polis.

Lin memberitahu mahkamah Singapura pada Selasa melalui jurubahasa dia akan mengaku bersalah, lapor akhbar Straits Times.

Singapura memandang serius penyebaran gambar palsu. Jika sabit kesalahan, Lin boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda 10,000 dolar Singapura (RM31,901) atau kedua-duanya sekali.

Dia turut berdepan hukuman tambahan sehingga tujuh tahun penjara atau denda, atau kedua-duanya sekali, bagi pertuduhan menghalang proses keadilan.

Lin akan kembali ke mahkamah pada November.

Kemunculan buaya jarang berlaku di Singapura tetapi semakin meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan kira-kira 30 kelibatnya dilaporkan di perairannya sejak Januari 2025, menurut laporan media tempatan.-AFP

The post Singapura dakwa lelaki muat naik imej buaya AI palsu di Pandan Reservoir appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved