
Aktiviti jual beli di platform atas talian bukanlah sesuatu yang asing pada zaman yang serba canggih ini. Jika barang dapur pun boleh dipesan dan dibeli secara dalam talian, apatah lagi barangan lain seperti komputer riba, pakaian atau alat untuk bertukang.
Namun, di Indonesia pula, ada individu yang menjual tanah kubur secara dalam talian!

Memetik laporan laman berita Kilat, ada tanah kubur yang dijual juga merupakan tanah kubur yang diambil dari perkuburan jenazah yang meninggal pada hari Jumaat Keliwon.
Isu jualan tanah kubur di atas talian itu telah dikongsikan semula di Facebook oleh seorang pengguna media sosial.
Artikel Berkaitan: Beli Pakej Perkuburan T20 Harga Lebih RM 200K, Pasangan Indonesia Ini Buat Netizen Terkedu
Artikel Berkaitan: “Rumah terakhir untuk semua orang”- Review Liang Lahad Ini Buat Ramai Netizen Insaf
Menurut pengguna media sosial tersebut, tanah kubur tersebut telah dibeli oleh ramai orang.
Lebih mengejutkan, tanah kubur yang dibeli oleh pelanggan akan diambil selepas dipesan oleh pelanggan.
Difahamkan juga, tanah kubur itu dijual dengan harga 50,000 rupiah (kira-kira RM15) untuk satu kilogram.

Penjualan tanah kubur ini telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan warganet kerana tidak diketahui apa yang dilakukan oleh pembeli tanah kubur itu dengan tanah yang dibeli itu.
Ramai yang risau jika tanah itu digunakan untuk ilmu hitam.
Namun, dalam masa yang sama, ada juga yang berpendapat bahawa mungkin tanah yang dijual itu hanya diambil di tanah sebelah rumah si penjual sahaja kerana jika benar ia diambil dari tanah perkuburan, sudah tentu individu yang menjual itu telah dimarahi oleh penduduk setempat.
Sumber: Kilat
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



