“Buat apa nak meratapi” – Adik nasihat Dr Fie, dakwa Nubhan lari rumah jika ada masalah

EntertainmentFamily & Parenting
7 Nov 2025 • 3:49 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Adik ipar kepada penyanyi Nubhan iaitu Zaim Tawfek tampil mempertahankan kakaknya yang sedang menghadapi kemelut rumah tangga.

Menerusi komen yang ditinggalkan Zaim dalam hantaran Dr Afifah, dia menitipkan nasihat kepada kakaknya supaya tidak meratapi lelaki seperti suaminya yang didakwa lari dari masalah.

Adik nasihat Dr Fie

image is not available

“Buat apa nak meratapi lelaki pondan? Ada masalah lari rumah, rupanya lari nak duduk dengan bibik,” dakwanya.

Dia berkata demikian selepas kakaknya itu memohon doa daripada orang ramai selain menegaskan ibu bapa adalah cerminan buat anak-anak.

Adik nasihat Dr Fie

image is not available

Sejak kebelakangan ini, ketegangan rumah tangga melibatkan Nubhan dan isterinya menjadi perhatian warganet di media sosial.

Mana tidaknya, tindakan Nubhan membawa anak-anaknya berjumpa dengan pembantu rumah baru-baru ini telah mengundang rasa tidak puas hati ramai malah, Dr Fie turut meninggalkan reaksi berhubung perkongsian tersebut.

Sumber: Threads @DrFie Tawfek