“I Carried Them With Love” – Nubhan Tuntut Hak Jagaan Anak, Luahan Bekas Isteri Undang Sebak

LocalFamily & Parenting
5 Nov 2025 • 7:07 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Hari ini telah berlangsungnya sebutan pertama kes tuntutan hadanah yang difailkan penyanyi Nubhan terhadap tiga orang anaknya.

BACA: Nubhan Tuntut Hak Penjagaan Penuh Dan Interim Tiga Anak Di Mahkamah Syariah

Difahamkan, tuntutan itu dibuat pada September melibatkan hak penjagaan penuh secara mutlak dan interim yang mana kedua-dua itu masih di dalam kertas klausa yang tidak boleh didedahkan.

Terbaru, bekas isteri Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Tawfek mengundang perhatian ramai menerusi beberapa hantaran di media sosial.

“Setiap langkah, setiap keputusan… semua demi mereka”

Perkongsian tersebut menyentuh hati ramai apabila beliau menulis tentang pengorbanan sebagai seorang ibu yang membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang, kesabaran dan doa.

Dalam hantaran itu, Dr. Fie berkongsi gambar bersama anak-anaknya dengan kapsyen yang cukup menyentuh jiwa.

image is not available

“Biar jalan berbeza, tapi doa kami tetap sama”

Di Instagram pula, Dr. Fie memuat naik video ketika dirinya menyertai kelas tadabbur hari ini. Beliau dikelilingi orang baik yang memberikan kata-kata semangat buatnya.

View this post on Instagram

A post shared by DrFie Tawfek (@drfietawfek)

Perkongsian itu menerima ribuan tanda suka dan komen, dengan ramai yang mendoakan agar kedua-duanya menemui jalan terbaik demi kebahagiaan anak-anak mereka.

Pssttt! Luahan Dr. Fie ini bukan sekadar kata-kata, tetapi cerminan cinta seorang ibu yang terus berjuang demi anak-anaknya. Semoga Nubhan dan bekas isteri dapat menyelesaikan urusan ini dengan penuh hikmah dan kasih, demi masa depan anak-anak mereka.

Kredit: Dr Fie Tawfek
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “I Carried Them With Love” – Nubhan Tuntut Hak Jagaan Anak, Luahan Bekas Isteri Undang Sebak appeared first on Oh! Media.