“Buat apa nak nangis, aku kan penyondol!” – Michael Ang perli siapa?

3 Jul 2024 • 4:51 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Michael Ang

Tindakan pengarah drama terkenal, Michael Ang yang membuat dua jenis lakonan situasi realiti dan kebenaran di media sosialnya telah berjaya tarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengarah yang berusia 48 tahun itu di laman Instagramnya, dia menjelaskan lakonan situasi tersebut hanyalah hiburan semata-mata dan tidak ditujukan kepada mana-mana individu berkaitan.

Michael Ang

image is not available

“Salam. Saja buat lawak ya, tak berkenaan kes apa apa kat Malaysia dan pada yang hidup atau dah mati. Berhibur la ya.

“Ini adalah lakonan realiti sebenarnya, ‘eh wartawan, kenapa aku perlu menangis? Aku kan penyondol. Bukan laki (suami) aku kena sondol, aku yang menyondol suami orang lain. Sepatutnya aku gembira, bangga!’

“Okay ini pula yang berlaku di mata khalayak ramai, ‘teman-teman wartawan terima kasih sebab datang sokong kita, kita bukannya tak nak menangis sebab kita tak pandai. Lakonan kita pun kayu kadang-kadang’,” perli Michael.

Michael Ang

image is not available

Hari ini, kecoh di media sosial apabila pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz tidak mengaku salah atas pertuduhan berkhalwat di sebuah kondominium mewah pada 9 Mac lalu.

Bukan itu sahaja, Ruhanies turut dikecam ramai kerana tidak sensitif dengan dakwaan tersebut apabila dia dilihat tersenyum lebar ketika menghadiri ke mahkamah.

Ujar Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, dia tidak pandai berpura-pura atau berlakon sengaja menangis di hadapan kamera.

image is not available

Sumber: Instagram @Michael Ang