“Awak pandai nangis tak?” – Komen Puteri Sarah Di IG Bella Astillah Raih Perhatian Netizen

Entertainment
3 Jul 2024 • 4:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, pelakon Puteri Sarah Liyana dan Bella Astillah ada menyambut perayaan Aidiladha bersama-sama.

Terbaharu, Puteri Sarah yang merupakan bekas isteri kepada pengarah tersohor, Syamsul Yusof meninggalkan komen berbaur sindiran dalam hantaran terbaharu Bella di Instagram.

Puteri Sarah dengan bersahaja menulis komen ‘awak pandai menangis tak’ di ruangan komen walaupun hantaran Bella itu jelas mengenai sesi penggambarannya.

 

image is not available

Rata-rata netizen yang melihat komen tersebut terhibur dan seolah-olah turut memahami apa yang dimaksudkan oleh Puteri Sarah.

image is not available

image is not available

Pagi tadi, pelakon kontroversi Aliff Aziz dan Ruhainies hadir ke mahkamah syariah berhubung pertuduhan khalwat yang berlaku pada 9 Mac lalu. Kedua-dua pelakon ini mengaku tidak bersalah dan mohon untuk dibicarakan.

Menerusi temu bual bersama media, Ruhainies mengakui tidak pandai berlakon sekali gus enggan menitiskan air mata depan kamera semata-mata hendak menunjuk-nunjuk.

Ruhainies juga menunjukkan reaksi gembira ketika bertemu media namun ramai yang mendakwanya sebagai tidak sensitif.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.