Buat Bising Dengan Tunggang Motosikal Ramai-ramai Lepas Habis SPM, Sekumpulan Pelajar Ditahan Polis

Entertainment
19 Jan 2025 • 10:50 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sekumpulan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Marang, Terengganu ditahan oleh polis selepas mereka bertindak membuat bising sehingga mengganggu ketenteraman awam dengan cara menunggang motosikal beramai-ramai secara bahaya di atas jalanan beberapa hari lalu.

Difahamkan, pelajar-pelajar lepasan SPM itu bertindak sedemikian kerana mahu meraikan ‘kemerdekaan’ selepas mereka tamat kertas peperiksaan akhir SPM, lapor Harian Metro.

Tular video di media sosial sekumpulan pelajar tersebut dilihat beratur beramai-ramai di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Marang selepas ditahan polis.

image is not available

Seramai 58 orang pelajar lepasan SPM ditahan polis dan pihak IPD Marang memberi nasihat kepada pelajar-pelajar tersebut tentang keselamatan dan peraturan jalan raya selepas ditahan.

Setelah itu, kesemua mereka diarahkan beratur dan disuruh untuk menunaikan solat Asar berjemaah di suaru IPD Marang itu.

Menurut Superintendan Mohd Sofian Redzuan iaitu Ketua Polis Daerah Marang, siasatan polis juga mendapati dua motosikal yang ditunggang oleh pelajar-pelajar itu menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Dalam video yang tular itu juga, dapat dilihat ada antara mereka yang menconteng baju seragam sekolah.

Sumber: Harian Metro, X

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.