“Buat-buat kalut bagi staff pening” – Pekerja Dakwa Dipukau Pelanggan, RM 180 Lesap

Entertainment
9 May 2023 • 3:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tidak dapat dinafikan, ramai yang semakin terdesak dalam mencari wang dalam kesempitan hidup kini.

Terbaru, tular sebuah video di laman sosial TikTok yang memaparkan rakaman litar tertutup (CCTV) seorang individu bertindak mencuri wang dengan memukau pekerja sebuah kedai tudung yang terletak di Alor Setar, Kedah.

@her.veils

Replying to @liyana waffa video asal kena removed kita up balik bagi semua orang tak terkena dengan dia ni #fyp

♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @AmyHer.veils memaparkan pemukau memulakan taktiknya dengan mengambil sehelai tudung berharga RM20 sejurus sahaja masuk ke dalam kedai.

Difahamkan, pemukau itu menggunakan wang RM100 untuk membeli tudung yang berharga RM20, individu berkenaan kemudian buat-buat kalut dan mengambil baki RM80 kemudian menyorokkan wang tersebut.

“Staf (pekerja wanita itu) sudah pegang duit baki dan kemudian diberikan kepada pemukau itu, tetapi tiba-tiba tak jadi beli dan terus minta duit RM100 itu balik.

Dapat sahaja duit RM100 itu, terus pusing sorok duit dalam baju, buat-buat tengok tudung lain sedangkan duit baki RM80 telah diambilnya,” tulisnya di kapsyen.

Kemudian pemukau tersebut tiba-tiba ingin membeli semula dan mengambil balik baki yang diberi pada awal pembelian yang tidak jadi tadi.

Lalu dia berlakon mahu membuat pembelian yang lain dan terus meninggalkan kedai dengan duit yang berjumlah RM180.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.