Buat dekorasi sambut hari jadi, gadis2 dikecam tinggal sampah tengah bendang

1 Jul 2024 • 3:54 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Sekumpulan gadis dilihat buat dekorasi sambut hari jadi di kawasan tengah bendang menerima kecaman hebat apabila video selepas mereka pulang tular kerana meninggalkan sampah sarap merata-rata.

Rakam dari jauh gelagat sambut hari jadi

Menerusi perkongsian TikTok milik Fiza Husin, dia telah berkongsi video sewaktu sekumpulan gadis menyambut hari jadi dengan dekorasi cantik di kawasan yang memang menjadi tarikan orang ramai.

Seusai sambutan tersebut, dia telah bergerak ke kawasan terbabit dengan melihat banyak sampah sarap yang ditinggalkan tanpa rasa bersalah.

@fizahusin_

Kemain gambar nak lawa, lepastu tak ada sikap bertanggungjawab dengan semua sampah yang dah di buat, jangan sampai orang kampung buh pagar je dekat kawasan tu nanti, langsung semua tak boleh masuk. Nak masuk bergambar bayara dulu. Punya ramai kawan2 dia dekat situ tak ada sorang pun bawa ‘otak’. Semua bawa ‘sampah’. Useless jadi manusia kalau hal sekecil ‘buang sampah’ pun tak boleh fikir nak buang di tempat yang betul. Hmmm.

♬ original sound – Fiza.husin – Fiza.husin

Buat dekorasi sambut hari jadi, namun mentaliti kelas rendah

Menurut pengguna TikTok itu, sikap tidak bertanggungjawab mereka sememangnya satu mentaliti kelas rendah kerana sesuka hati melakukan tindakan pencemaran lebih-lebih lagi di kawasan kampung.

Ujarnya, jika perkara tersebut berterusan berlaku, bimbang orang kampung akan mulai memagari kawasan berkenaan dan mengenakan bayaran supaya orang ramai lebih peka dengan kawasan terbabit.

image is not available

Buat dekorasi sambut hari jadi, tapi sampah buang merata

Menerusi perkongsian tersebut, ramai yang meninggalkan komen dengan mengecam tindakan mereka yang melakukan kekotoran di kawasan yang menjadi tarikan ramai itu.

image is not available

Tak reti bawa plastik sampah ke?

image is not available

Orang kampung kata kadang2 tuan tanah yang bersihkan

image is not available

Ada saksi kata yang deko tu planner

Ada juga pihak yang mendakwa sebagai saksi kepada sambutan hari jadi berkenaan dengan mengatakan bahawa dekorasi yang dibuat bukanlah dilakukan oleh mereka yang menyambut hari lahir tetapi perancang sambutan tersebut yang telah dibayar.

image is not available

 

Patutnya yang deko tu kena kemas, pelanggan pula jangan buang sampah

image is not available

 

Setakat ini, video tersebut telah ditonton lebih dari 2 juta viewers di platform TikTok.

Kebanyakannya bersetuju dengan perkongsian daripada pemilik akaun berkenaan dan berharap ia menjadi pengajaran kepada orang lain supaya lebih menghargai tempat dengan tidak sesuka hati membuang sampah merata-rata.

Sumber: TikTok fiza.husin