
Noh Salleh juga bertindak mencampak stand mikrofon dan mencurah air botol mineral terhadap penonton.
Buat Hal Lagi, Noh Hujan Dikecam Meludah Ke Arah Penonton Semasa Konsert. Tular video di platform media sosial, Noh Salleh daripada kumpulan Hujan telah membuat aksi yang kurang menyenangkan di mata netizen.
Noh bertindak meludah ke arah penonton yang berada berhampiran dengan pentas pada festival muzik yang berlangsung baru-baru ini.
Nah clearer pov. pic.twitter.com/7J1jQkvnQ6
Menjelirkan lidahnya kemudian meludah ke arah penonton
Aksi Noh Salleh yang menjelirkan lidahnya kemudian meludah ke arah penonton itu telah mendapat perhatian di kalangan netizen sehingga ada yang ingin beliau membuat ujian saringan air kencing.
— manis (@myraibrahim_) October 2, 2022
Membaling stand mikrofon pada pentas dengan agresif
Bukan itu sahaja, dalam beberapa klip video lain pada festival muzik berkenaan, boleh dilihat juga aksi pelik Noh Salleh membaling stand mikrofon pada pentas dengan agresif dan juga menyimbah air botol minuman ke arah penonton.
— manis (@myraibrahim_) October 2, 2022
Video berkenaan telah mengundang kritikan ke atas dirinya dan ramai yang berasa kurang senang dengan perbuatan aneh Noh Salleh tersebut.
Diharap agar sesiapa yang melihat video ini boleh mengambil pengajaran dan tidak mencontoi perbuatan seperti ini.


