“Haji Noh Lepas Gian Ya” – Lepas Ludah Atas Pentas, Noh Salleh Dikecam Tunjuk Jari Tengah Pula

EntertainmentMusic
3 Oct 2022 • 4:22 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Nama vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh nampaknya semakin hangat diperkatakan selepas tular beberapa insiden melibatkan penyanyi itu.

Selepas insiden meludah di atas pentas ketika mempersembahkan lagu di satu acara muzik, Noh dikatakan menunjukkan jari tengah pula.

Menerusi video perkongsian pengguna TikTok Izzat Radzuan, bekas suami Mizz Nina itu dilihat melambai ke arah peminat sambil tersenyum sebelum menunjukkan isyarat jari tengah.

Perkongsian itu sehingga kini telah meraih hampir 200,000 tontonan dan 200 komen daripada netizen. Rata-ratanya meluahkan rasa terkejut dan tidak menyangka penyanyi tersohor itu berperangai sedemikian.

Santai semuaa, aku lagi terkejut tiba kena pakkkkk.

Tindakan penyanyi berusia 37 tahun tersebut jelas sekali telah mengundang pelbagai kritikan sehingga ada yang mengaitkan gelaran haji dirinya.

image is not available

image is not available

image is not available

Netizen juga dilihat keliru dengan sikap ketara yang ditunjukkan Noh sebelum ini. Penyanyi ini dilihat aktif dalam aktiviti amal dan sering berkongsi perkara positif di Instagram sehingga dia menjadi inspirasi buat pengikutnya.

Kredit: TikTok Izzat Radzuan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved