Buat Hantaran Hina Agama Islam Berkaitan Isu ‘Ham’, Cecelia Yap Mohon Maaf

Entertainment
27 Jan 2025 • 4:54 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, polis mencari seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Cecelia Yap Song KL berhubung isu ‘ham’.

Dia didakwa meninggalkan komen pada satu hantaran yang dimuat naik oleh pelawak Harith Iskander, mengaitkan ‘ham’ dengan nama Nabi Muhammad SAW.

image is not available

Cecelia Yap mohon maaf

Susulan hantaran itu telah mencetuskan kontroversi, Cecelia Yap tampil membuat permohonan maaf kepada umat Islam yang tersinggung dengan komen tersebut.

Permohonan maaf itu dikeluarkan oleh firma guaman yang mewakilinya, Saibullah M. V. Nathan & CO.

“Saya amat kesal bahawa komen saya yang tidak sensitif tersebut telah menyinggung perasaan semua.

“Saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan di masa-masa depan,” katanya yang turut berjanji memberikan kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan ke atasnya.

“Sekali lagi saya dengan rasa amat rendah diri memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia berkenaan insiden ini.

“Saya menyusun jari dan memohon kepada semua yang tersinggung dengan komen saya tersebut dapat memaafkan kesilapan saya.”

Menurut laporan, Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengesahkan siasatan ke atas Harith dan Cecelia Yap dibuat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 505 KK dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, Harith Iskander mengundang kritikan ramai apabila memuat naik hantaran yang didakwa secara berseloroh menyatakan ‘iman tergugat’ apabila dia mempertimbangkan untuk menikmati ‘Ham Sap Kopi’.

Sumber: FMT

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.