Buat Hantaran Tentang Yahudi & Israel, Faizal Tahir Selar Kenyataan Siti Kasim – “Level Kebodohan & Kejahilan Apa Ni?

18 Oct 2023 • 2:59 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menerusi laman sosial Twitter, penyanyi yang sememangnya dikenali begitu lantang bersuara tentang isu Palestin, Faizal Tahir menyelar peguam terkenal.

Berdasarkan hantaran dimuat naik Faizal, dia telah mempersoal kenyataan Siti Kasim berhubung isu Israel di mana dia berkata Yahudi sudah menduduki negara tersebut sebelum agama Islam wujud.

Dek kerana kenyataan panas tersebut, Faizal Tahir menyelar Siti Kasim dan mempersoal tentang kejahilan peguam yang sering mencipta kontroversi itu kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Apakah level kebodohan dan kejahilan ini? Apakah level menjilat ini?

Sudah tentu, kenyataan Siti Kasim itu meraih perhatian dan mengundang banyak kecaman daripada warganet memandangkan isu Israel-Palestin ini sangat sensitif.

Sementara itu, sesetengah pengikut Faizal Tahir menasihatinya untuk tidak berinteraksi dengan Siti Kasim serta jangan hiraukan peguam berkenaan.

image is not available 20 hours ago

"Meluat, Cakap Sopan Tapi Kuat Perli" - Gara-Gara Kontroversi Isu Palestin, Syamimia Hilang Lebih 100K 'Followers'