Buat istikharah sebelum nikahi suami, Bonda Rozita tak pernah sebahagia ini

LocalEntertainment
14 Apr 2025 • 2:22 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan selebriti, Rozita Ibrahim menjadi tumpuan warganet selepas selamat mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan hatinya.

Rozita atau mesra disapa Bonda Rozita, 61, berkata dia berada di fasa paling bahagia ditemani suami baharu yang merupakan abang kepada pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam.

Bonda Rozita tak pernah sebahagia ini

image is not available

Bonda Rozita buat solat istikharah

Menerusi satu hantaran di TikTok @trueikaa, memaparkan Rozita tidak menafikan bahawa dia terlalu bahagia dan perasaan sebegitu tidak pernah dirasai sepanjang hidupnya.

@trueikaa

Replying to @user7586660260588 Komen yang murni2 syg2 semua key #bondarozitaibrahim #datoalifsyukri

♬ original sound - trueika - Ikalumier

“Alhamdulillah, wallahi saya tidak pernah rasa sebahagia ini.

“Saya sangat rasa tenang walaupun orang luar banyak berkata mengenai saya kerana saya yakin Allah itu ada,” kata Rozita melalui siaran langsung baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau juga mendedahkan bahawa lamaran suaminya itu bukan perkara mudah untuk diterima bahkan terpaksa melakukan solat istikharah serta solat hajat setiap hari sebelum membuat keputusan menikah sekali lagi walaupun sudah di usia senja.

“Jujur saya cakap, sebenarnya dia yang beria ajak saya kahwin. Saya buat solat istikharah setiap hari.

“Saya lakukan tiga kali solat istikharah, sekali solat hajat dan sekali Yasin Mubin. Saya berdoa wahai Allah sekiranya dia yang terbaik dekatkan, sekiranya dia bukan terbaik jauhkanlah, lebih sebulan saya lakukan sebegitu,” katanya.

image is not available

Bukan itu sahaja, Rozita juga memberitahu turut membawa diri ke Mekah bagi menunaikan umrah dan berdoa kepada Allah meminta petunjuk selain kerap bertanya pendapat kepada guru-gurunya.

“Masa saya pergi umrah saya bertanya kepada Allah saya nak kahwin dengan atau tidak dengan dia. Saya buat solat hajat setiap hari dekat Madinah dan dibimbing guru saya.

“Saya juga baca al-Quran secara rawak dan lakukan sebanyak tujuh kali dan jawapan berakhir dengan surah Ar-Rahman. Jadi guru saya jelaskan maksud surah itu, saya hanya ikuti sahaja,” tambahnya lagi.

Terdahulu, status Rozita terjawab apabila pengasas Sendayu Tinggi itu berkongsi foto bersama suami baharunya ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci pada Mac lalu.

Sumber: TikTok Ikalumier