Status Bonda Rozita akhirnya terjawab apabila usahawan tersebut kongsi foto bersama suami baharunya ketika mengerjakan ibadah umrah di tanah suci Makkah, baru-baru ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Bonda di laman Instagramnya, dapat dilihat Bonda merangkul mesra suaminya di hadapan Kaabah selain berdoa agar Allah memberi keampunan di atas segala dosa yang dilakukan dan melindungi seluruh ahli keluarganya.
Status Bonda Rozita
Instagram will load in the frontend.
“Bulan Ramadan ini penuh rahmat, kami datang kepada-Mu dengan hati penuh harapan dan tangan yang menadah keampunan.
“Kami hamba-Mu yang lemah, penuh dosa dan kekurangan, namun kasih sayang-Mu tidak pernah bertepi.
“Ampunkanlah kami Ya Allah atas segala khilaf kami yang sengaja mahu pun tidak. Ya Allah, di bulan yang suci ini bersihkanlah hati kami daripada segala noda,” tulisnya.
Malah, Bonda turut menitipkan doa buat perkahwinan baharunya dan secara tidak langsung menjawab spekulasi dalam kalangan pengikutnya berkaitan statusnya selama ini.
Status Bonda Rozita

“Ya Allah, kurniakanlah kami keberkatan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Satukanlah hati kami dengan kasih sayang dan reda.
“Temukanlah kami dalam syurga yang abadi. Kami sayang anak-anak kami, berikan mereka kekuatan untuk solat dan beramal kebaikan,” doanya lagi.
Terdahulu, netizen tertanya-tanya mengenai kelibat seorang lelaki yang muncul dalam sesi siaran langsung dibuat Rozita di TikTok ketika berada di bilik hotel.
Anak kepada Rozita, Nur Ain Sufiah atau lebih dikenali sebagai Ain, mendedahkan bahawa ibu bapanya sebenarnya sudah bercerai dan ibunya kini telah mempunyai pasangan baru.


Menurut Ain, dia tampil menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan adik-beradiknya menerima kecaman atau tanggapan negatif daripada orang luar berkaitan perkara tersebut.
Walaupun sudah berpisah, Ain menegaskan bahawa mereka sekeluarga menerima takdir ini dengan hati terbuka dan hubungan antara ahli keluarga tetap baik seperti biasa.
Sumber: Instagram

