Buat Isyarat Angkat Jari Tengah, Tindakan Pasangan Warga Asing Kantoi Minta Sedekah Buat Ramai Berang

Entertainment
10 Sep 2023 • 2:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nampaknya masalah warga asing yang meminta sedekah di ibu kota masih tidak dapat diselesaikan.

Apa yang lagi merisaukan ialah sesetengah golongan ini berani bertindak agresif jika orang awam tidak memberi wang kepada mereka.

Seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila dalam video tersebut, pasangan warga asing berani menunjukkan isyarat lucah selepas kantoi meminta sedekah di kawasan sekitar KLCC.

Video tersebut telah dikongsikan oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai raja_ipan.

Dalam video yang berdurasi selama 22 saat itu, dapat dilihat seorang lelaki dipercayai warga asing sedang menolak stroller manakala wanita yang bertudung hitam di sampingnya pula menunjukkan isyarat jari tengah kepada individu yang merakam video berkenaan.

Difahamkan, ini berikutan kerana mereka marah akibat kantoi meminta sedekah.

Tindakan warga asing tersebut telah menyebabkan ramai warganet yang marah kerana ramai yang berpendapat mereka semakin berani berbuat sesuka hati mereka.

image is not available

Nampaknya mereka semakin berani! Harapnya pihak berkuasa akan segera bertindak sebelum masalah ini jadi semakin teruk.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.