Nikmati Gabungan Kopi Beraroma Bersama Kuih Nyonya Di ‘Kuih And Beans’ Padungan

10 Oct 2022 • 4:48 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Port high tea baru di Kuching buat anda.

Nikmati Gabungan Kopi Beraroma Bersama Kuih Nyonya Di ‘Kuih And Beans’ Padungan. Jika anda ingin mencari tempat yang sesuai untuk high tea mahupun tempat yang santai untuk meluangkan masa bersama rakan, keluarga atau orang tersayang, apa kata anda singgah di sebuah coffee shop di Kuching ini.

Baru sahaja dibuka pada 7 Oktober 2022, Kuih and Beans merupakan sebuah kedai kopi dengan suasana klasik yang menawarkan menu unik dan enak buat para pelanggannya.

image is not available
Nikmati Gabungan Kopi Beraroma Bersama Kuih Nyonya Di ‘Kuih And Beans’ Padungan. Kredit gambar: FB Kuih and Beans

Minum kopi berkualiti tinggi

Istimewanya di sini adalah mereka menggabungkan menu air kopi berkualiti tinggi yang dibuat oleh barista profesional bersama hidangan kuih tradisional Nyonya.

Pelbagai hidangan kuih nyonya yang menarik, pelbagai jenis pilihan kopi premium, teh berkualiti tinggi dan kek juga ada disediakan di sini.

image is not available
Kredit gambar: FB Kuih and Beans

image is not available
Nikmati Gabungan Kopi Beraroma Bersama Kuih Nyonya Di ‘Kuih And Beans’ Padungan. Kredit gambar: FB Kuih and Beans

Tempat dengan suasana tenang

Jadi bagi anda yang ingin minum petang atau yang ingin mencari tempat dengan suasana tenang yang menyajikan pencuci mulut ringan dan enak, anda boleh singgah di Kuih And Beans.

Terletak di Aras 2, 178, Jalan Padungan Kuching, Kuih and Beans beroperasi pada setiap hari dari jam 11 pagi hingga 10 malam.

Lagi cafe santai yang menarik di Kuching buat anda: