
PONTIAN – Sejarah urus tadbir Tabung Haji (TH) perlu dilaksanakan dengan menyeluruh dan tidak hanya tertumpu pada tempoh antara tahun 2014 hingga tahun 2020 sahaja, sebaliknya selepas tahun 2020 juga.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan berkata, antara syor ialah penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu bagi menyiasat pengurusan TH bagi mengukuhkan keyakinan 10 juta pendeposit terhadap institusi berkenaan.
Katanya, RCI terdahulu hanya memberi tumpuan sehingga tahun 2020, namun masalah TH didakwa masih timbul lagi bagi tempoh enam tahun berikutnya selepas laporan RCI dikemukakan.
“Cadangan penambahbaikan berkaitan pengurusan dan operasi TH yang ada hanya sehingga 2020, oleh itu perlu ada satu kajian menyeluruh selepas tempoh berkenaan,” katanya selepas pengagihan Jalur Gemilang kepada orang ramai di Pasar Pagi Benut, disini, hari ini.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, RCI kedua wajar ditubuhkan bagi meneliti pengurusan TH sepanjang tempoh 2021 hingga 2026, termasuk perkembangan yang berlaku selepas tempoh siasatan terdahulu. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Buat kajian menyeluruh pengurusan TH lepas tahun 2020 juga’ appeared first on Kosmo Digital.






