“Buat Kali Terakhir Saya Ucapkan Tahniah Buat Bekas Sahabat Saya Berjaya Runtuhkan Masjid Ini” – Kata Bella Astillah Untuk Ruhainies

Entertainment
13 Jun 2024 • 2:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hari ini, pasangan Bella Astillah dan Aliff Aziz sah bercerai sekali lagi selepas aktor terbabit melafazkan talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Luah perasaan

Terbaru, melalui laman Instagram Bella, dia ada memuat naik satu ciapan berserta kapsyen yang panjang meluahkan perasaan mengenai situasinya sekarang ini.

Kata Bella, kini kisahnya bersama Aliff sudah berakhir, susulan peluang yang diberi tidak dijaga dengan baik.

Malah, aktres terbabit turut berkata dia enggan memperjuangkan lagi sesuatu perkara jika hanya dirinya saja yang berusaha dan berdoa agar kehidupan baru bersama anak-anak dipermudahkan.

Kata-kata terakhir untuk Ruhainies

Dalam pada masa yang sama. Bella turut sempat memberi sepatah dua kata buat bekas rakan baiknya, Ruhainies yang sebelum ini kantoi curang bersama Aliff Aziz.

Dan buat kali terakhir saya ingin mengucapkan tahniah kepada bekas sahabat saya, Ruhainies kerana berjaya meruntuhkan masjid ini dan anak-anak saya kehilangan bapa mereka.

image is not available 22 hours ago

Aliff Aziz Dan Bella Astillah Bercerai Talak Satu, Enggan Bersalaman Buat Kali Terakhir