Buat Kempen Iklan Rumah Mewah Di Isra*l, Gwyneth Paltrow Terima Kecaman Hebat

12 Jun 2026 • 3:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Aktres Hollywood, Gwyneth Paltrow menerima kecaman hebat daripada netizen selepas muncul dalam sebuah kempen iklan yang mempromosikan projek perumahan mewah di Herzliya, Israel.

Kempen tersebut mencetuskan kontroversi kerana dilancarkan ketika konflik Israel-Palestin masih berlarutan dan terus meragut nyawa serta menjejaskan kehidupan penduduk awam.

Advertisement
View this post on Instagram

Menerusi iklan berkenaan, bintang filem Iron Man itu dilihat menikmati kehidupan mewah di sebuah apartmen sebelum meminta pemandunya membawanya ke sebuah lokasi dikenali sebagai ‘51 Park’.

Pada penghujung video, projek tersebut didedahkan terletak di Herzliya, Israel dan bukannya di New York seperti yang disangka oleh sebahagian penonton pada awalnya.

Susulan itu, ramai netizen meluahkan rasa kecewa dan mendakwa Gwyneth lebih mengutamakan keuntungan berbanding nilai kemanusiaan ketika konflik masih berlaku.

@middleeasteye

US actress Gwyneth Paltrow has come under heavy criticism after starring in an advert for a luxury residential development in the Israeli coastal city of Herzliya. Paltrow was condemned for promoting real estate in a country accused of committing genocide, ethnic cleansing and war crimes in Palestine and Lebanon. Herzliya was established in 1924 on the land of the coastal Palestinian village of Al-Haram.

? original sound – Middle East Eye – Middle East Eye

“Dia baru sahaja memusnahkan kerjayanya. Saya gembira akhirnya orang sebegini menunjukkan siapa diri mereka yang sebenar.”

“Siapa sahaja yang mencari pangsapuri untuk didiami di tengah bandar yang sedang berperang?. Ternyata wang mendahului nilai kemanusiaan,” tulis netizen.

Kontroversi tersebut turut menarik perhatian aktres dan model, Ruby Rose yang secara sinis mengulas penglibatan Gwyneth dalam kempen berkenaan.

Image from: Buat Kempen Iklan Rumah Mewah Di Isra*l, Gwyneth Paltrow Terima Kecaman HebatImage from: Buat Kempen Iklan Rumah Mewah Di Isra*l, Gwyneth Paltrow Terima Kecaman Hebat

Sebelum ini, aktres veteran Helen Mirren turut menjadi sasaran kritikan netizen selepas timbul dakwaan beliau mempunyai kaitan dengan keputusan melibatkan seorang pelakon yang dikatakan menyuarakan sokongan terhadap Palestin.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Buat Kempen Iklan Rumah Mewah Di Isra*l, Gwyneth Paltrow Terima Kecaman Hebat2026-06-12 11:53:03

"Kami Tak Ada Chemistry.." - Sheila Rusly Dedah Tidak Punya Hubungan Rapat Dengan Mentua

The post Buat Kempen Iklan Rumah Mewah Di Isra*l, Gwyneth Paltrow Terima Kecaman Hebat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article