Buat Kenyataan Mempersoalkan Keterangan Saksi, Mona Din Diberikan Notis Tunjuk Sebab

Entertainment
11 Sep 2025 • 3:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Aktivis Mona Din diberi notis tunjuk sebab oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung dengan hantarannya tentang prosiding inkues Zara Qairina yang sedang berlangsung di Sabah.

AGC dalam satu kenyataan berkata notis itu diserahkan kepada pemilik nama sebenar Che Muna Din pada Rabu mengikut Kaedah 52 Peraturan 2B, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

Pihak AGC beri peringatan

Menurut sumber, notis tunjuk sebab tersebut adalah sebahagian daripada prosedur untuk prosiding pengkomitan kerana hina mahkamah.

Dalam pada itu, AGC berkata hantara Mona antaranya telah mempersoalkan keterangan saksi iaitu Pakar Patologi, Dr Jessie Hiu dari Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, tindakannya itu berpotensi mempengaruhi persepsi awam serta mengganggu perjalanan prosiding inkues berkenaan.

image is not available

“Jabatan ini juga ingin memaklumkan pertuduhan jenayah terhadap beberapa individu lain yang turut mengeluarkan kenyataan berhubung kes melibatkan Zara Qairina Mahathir, yang berpotensi mengganggu perjalanan inkues, akan dibawa dalam masa terdekat.”

“Jabatan ini memandang serius sebarang tindakan yang boleh menjejaskan pentadbiran keadilan dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang terhadap mana-mana pihak yang melakukan perbuatan sedemikian.”

“Sehubungan itu, jabatan ini mengingatkan orang ramai agar tidak memuat naik, mengulas atau menyebarkan sebarang hantaran yang boleh menimbulkan kekeliruan atau mengganggu prosiding mahkamah yang sedang berlangsung.” katanya.

Sumber : mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.