Buat Khianat Di Rumah Ibadat, Lelaki Mabuk Ditahan Polis

LocalPolitics
29 Oct 2025 • 10:54 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Buat Khianat Di Rumah Ibadat, Lelaki Mabuk Ditahan Polis

Polis menahan seorang lelaki tempatan selepas disyaki melakukan perbuatan khianat di sebuah rumah ibadat di Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, semalam.

Menurut laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi apabila seorang anggota Jabtan Sukarelawan Malaysia (RELA) berusia 49 tahun terdengar kekecohan di sebuah restoran dalam kawasan kuil berkenaan.

image is not available

“Pengadu pergi ke lokasi dan mendapati seorang lelaki dalam keadaan mabuk sedang bercakap sendiri serta merapu-rapu.

“Apabila diminta beredar, suspek bertindak menolak tempat pembakaran colok sehingga abu colok berterabur di lantai dan mula buat khianat di rumah ibadat tersebut. Pengadu kemudian menahan suspek sebelum menghubungi polis,” katanya.

Menurut Mohd Azam, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan oleh anggota Balai Polis Ampang pada jam 9.20 pagi selepas diserahkan oleh pengadu.

“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai lapan rekod lampau berkaitan kesalahan dadah. Ujian saringan air kencing turut mendapati dia positif methamphetamine dan amphetamine,” ujarnya.

image is not available

Beliau berkata, siasatan awal menunjukkan suspek melakukan perbuatan khianat di rumah ibadat itu ketika berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol.

‘Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Ampang harin ini dan kes disiasat mengiku Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Sumber: Kosmo! (Mohd Fahmi Ismail)