Buat Konten Dengan Anak Perempuan, Netizen Kagum Lihat Wajah Awet Muda Hisyam Hamid - “Macam Adik Beradik”

16 Dec 2024 • 3:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Hisyam Hamid berjaya mencuri tumpuan warganet baru-baru ini selepas tular sepotong video bersama anak perempuannya di media sosial.

 

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok oleh akaun peminat Hisyam Hamid, dapat dilihat aktor drama Andai Tiada Dia dan puterinya, Nurish Syameliah meluangkan masa bersama.

Wajah awet muda

Namun apa yang menarik perhatian wargamaya adalah wajah pelakon berusia 39 tahun itu yang disifatkan sebagai awet muda dan seakan-akan sebaya dengan anak perempuannya.

 

“Macam abang dengan adik je.

 

“Macam adik beradik.

 

“Bila kahwin muda, umur belum 40 lagi anak dah remaja. Cepat je anak-anak membesar.

 

“Macam boyfriend dia pula,” komen beberapa netizen.

Sekadar info, Hisyam pernah mendirikan rumah tangga pengurusnya iaitu Rosmawati pada 2006.

 

Bahtera perkahwinan mereka bagaimanapun bertemu titik noktah selepas hampir 20 tahun mendirikan rumah tangga.

 

Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan dua orang cahaya mata, iaitu Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15 tahun.