Buat Konten TikTok Bersama, Netizen Terpesona Lihat Kejelitaan Ibu Fattah Amin – “Tak Nampak Macam...”

27 Jan 2025 • 2:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Selepas perpisahannya dengan bekas isteri, Nur Fazura, segala perkara yang dilakukan oleh pelakon Fattah Amin pasti menjadi perhatian netizen.

Buat konten dengan ibu

Terbaharu, pelakon filem Trinil: Kembalikan Tubuhku itu berkongsi satu konten TikTok bersama ibunya.

 

@fattahamin

Yg penting ✌ jangan turun. Syurgaku

♬ original sound - FattahAmin

Video singkat tersebut turut disertakan dengan kapsyen ‘manis’ menunjukkan penghargaan dan kasih sayang terhadap bonda kesayangannya.

 

“Yang penting ✌ (peace) jangan turun. Syurgaku,” tulis Fattah.

 

Bagaimanapun, apa yang menyorot perhatian warganet adalah fizikal ibu Fattah yang disifatkan tampak awet muda walaupun mempunyai anak yang berumur lingkungan 30-an.

 

“Berapa umur mak Fattah ni? Sebab nampak muda.

 

“Tak nampak macam mak, nampak macam kakak.

 

“Macam muka Fatima lah, comel,” komen beberapa netizen.

 

Dalam pada itu, ada juga segelintir yang meminta ibu Fattah untuk menjodohkan aktor berkenaan dengan penyanyi, Amira Othman.

 

“Comelnya mak Fattah, duet dengan Amira Othman sesuai ni.

 

“Tolonglah pinangkan Amira untuk Fattah.

 

“Mak cik tolong jodohkan Fattah dengan Amira,” komen beberapa netizen lagi.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved