“Buat ‘lawak kasar je’ dah tak relevan” – Gangguan Di Tempat Kerja Kini Satu Jenayah

Entertainment
18 Jul 2025 • 4:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Buli atau gangguan di tempat kerja adalah satu isu serius yang boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan mental dan prestasi seseorang.

Tahukah korang, Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2025 telah pun secara rasmi dilaksanakan pada 11 Julai 2025 bagi menangani kesalahan buli termasuk buli siber dengan lebih tegas dan menyeluruh.

Menurut laporan, kedua-dua akta berkenaan diluluskan di Dewan Rakyat pada 10 Disember dan di Dewan Negara pada 16 Disember lalu dengan sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Undang-undang baharu ini memberi ruang kepada mangsa untuk membuat laporan polis terhadap gangguan yang dialami di tempat kerja atau secara digital.

Bentuk gangguan yang boleh dilaporkan kepada polis

Menurut pindaan baharu ini, beberapa jenis perlakuan kini boleh dikenakan tindakan undang-undang jenayah, termasuk:

1. Gangguan secara fizikal atau verbal terhadap rakan sekerja (termasuk gangguan seksual atau emosi).

2. Buli siber, seperti memalukan individu di media sosial, mesej berkumpulan, atau platform kerja.

3. Penyebaran maklumat peribadi atau doxing (seperti alamat, nombor telefon, sejarah kesihatan atau data sulit tanpa izin).

4. Tekanan emosi berlebihan yang menyebabkan individu hilang kawalan diri, termasuk kecenderungan menyakiti diri.

image is not available

 

Kesalahan-kesalahan ini diklasifikasikan sebagai jenayah serius dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun.

Undang-undang ini terpakai kepada semua pekerja termasuk sektor awam dan swasta, pekerja kontrak, pekerja sambilan dan pekerja separuh masa. Tiada had jantina, lelaki dan perempuan.

Jadi, sekiranya anda menerima gangguan seperti di atas, jangan rasa takut untuk membuat laporan kepada pihak polis.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.