“Buat lawak kena pakai otak” – Afdlin Shauki ‘Sound’ Pelawak Singapura Isu Kutuk Malaysia

Entertainment
7 Jun 2023 • 5:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari ini, tular di media sosial berkenaan seorang pelawak dari Singapura yang membuat stand up comedy yang menggunakan topik MH370 serta mengutuk negara Malaysia.

Persembahan tersebut difahamkan diadakan di Comedy Cellar, New York oleh seorang pelawak yang berasal dari Singapura yang dikenali sebagai Jocelyn Chia.

Lawaknya itu dianggap tidak sensitif serta merendah-rendahkan negara Malaysia, sudah pastinya ia mengundang kemarahan netizen tempatan dan termasuklah pelawak dan pengarah filem tersohor, Datuk Afdlin Shauki.

Dalam laporan Berita Harian, Afdlin Shauki berkata ianya sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan dan perlu dielakkan oleh semua pelawak.

“Kalau pelawak itu berasal dari Malaysia, saya akan menegaskan kepadanya bahawa lawaknya melampaui batas, tetapi disebabkan pelawak berasal dari Singapura, saya tahu mereka jenis melawak ikut suka hati seperti sesetengah pelawak di luar negara.

Bagi saya, kalau kita mahu melawak, ada hadnya, janganlah sampai mempersendakan peristiwa MH370. Kalau sampai peristiwa itu pun nak buat lawak, anda tidak sensitif kepada mangsa meninggal dunia dan keluarga berdepan kehilangan.

Saya tahu ada pelawak Malaysia juga menghentam pelawak Singapura. Hentam menghentam adalah perkara biasa dalam ‘stand-up comedy’, cuma bila sebut MH370, tak kira apa jenakanya, bagi saya ia terlalu sensitif,” katanya.

Afdlin Shauki yang juga juri dalam rancangan realiti Super Spontan itu berkata seorang pelawak perlu sensitif dengan perkara itu dan perlu menjauhi menggunakan topik berkaitan kematian.

Jelasnya, seseorang pelawak itu perlu menggunakan otak ketika melawak dan banyak lagi topik yang boleh dijadikan tarikan serta mengundang tawa orang ramai.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.