Buat Lawak lucah Kepada Gadis, Netizen Anggap Tiktoker Sarawak Ini Biadap

8 Aug 2022 • 1:52 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

(TW: Sexual) Lawak lucah is not even funny

Buat Lawak lucah Kepada Gadis, Netizen Anggap Tiktoker Sarawak Ini Biadap. Satu ciapan yang dibuat oleh @daliafarhana yang dikenali sebagai artis youtuber telah memaparkan tangkapan layar pesanan di laman Twitter.

Difahamkan bahawa Dalia telah menerima pesanan dari individu ini berkenaan dengan video Dalia yang telah di ‘stitches’ oleh bekas artis lelaki dalam rancangan realiti nyanyian kanak-kanak yang berasal dari Sarawak ini telah melakukan ‘lawak lucah’ terhadap Dalia di Tiktok.

image is not available
Buat Lawak lucah Kepada Gadis, Netizen Anggap Tiktoker Sarawak Ini Biadap. Sumber: Twitter @daliafarhana

“Mula mula I okay je tapi lepas ada yang bagitau the exact meaning, I rasa i patut share for the people who are oblivious pasal benda ni sama macam saya.” – Dalia Farhana

Dalam pesanan tersebut, individu ini turut menjelaskan kepada Dalia bahawa bahasa yang digunakan oleh lelaki tersebut adalah tidak sesuai (inappropriate) dan tidak boleh disebut kepada perempuan.

Dalam video Tiktok tersebut, lelaki ini jawab kepada Tiktok Dalia “ee datang la kenja nya tok, pesit Ke****** kitak kelak” yang membawa maksud yang tidak senonoh terhadap gadis. Berikut ialah tangkapan layar yang telah dimuat naik oleh Dalia:

image is not available
Sumber: Twitter @daliafarhana

Netizen kurang senang dengan video penjelasan tersebut

Namun, video tersebut sempat dipadam oleh lelaki tersebut dan telah memuatnaik video mohon maaf kepada Dalia. Netizen turut menyatakan tidak senang dengan permohonan maaf tersebut kerana menganggap kata-kata yang dikeluarkan dari video sebelumnya adalah jenaka dan turut mengatakan sesetengah orang tidak dapat menerima jenaka tersebut.

image is not available
Sumber: Twitter @daliafarhana

image is not available
Sumber: Twitter @daliafarhana

image is not available
Sumber: Twitter @daliafarhana

Jangan sesekali membuat gurauan atau lawak lucah kepada sesiapa. Its never funny and jangan dinormalisasi kan benda sebegini. Tindakan ini sangat keterlaluan dan lawak lucah yang dibuat boleh disifatkan sebagai biadap.

Ucapan sebegini tidak sepatutnya ditujukan kepada sesiapa walaupun dalam bentuk gurauan. Fikir panjang, ya?

Lagi berita semasa anda boleh baca di bawah: