“Buat malu negara” – Netizen ‘Serang’ IG Jay Chou, Bengang ‘Seat’ Dikosongkan Demi Konsert

Music
6 Jan 2023 • 11:33 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini, memaklumkan bahawa Stadium Nasional Bukit Jalil tidak boleh merekodkan jumlah ‘full house’ pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 antara pasukan Harimau Malaya dengan Thailand pada Sabtu ini.

Hal ini kerana, lebih 21,000 tempat duduk terpaksa dikorbankan kerana ia dihalang oleh struktur pentas untuk konsert Jay Chou yang bakal diadakan tidak lama lagi dan sedang dalam proses pemasangan, lapor Harian Metro.

image is not available

Peminat naik angin, serang IG Jay Chou

Disebabkan hal tersebut, rata-rata peminat Harimau Malaya kurang berpuas hati dan mengambil tindakan drastik dengan menyerang Instagram milik penyanyi dari Taiwan tersebut.

Mereka antaranya meninggalkan komen kesat dan mendakwa konsert tersebut menjadi punca kebanyakan peminat bola sepak tidak dapat membeli tiket perlawanan.

image is not available

Dalam pada itu, ada juga di kalangan netizen yang menasihatkan orang ramai untuk berhenti muat naik komen negatif di page Jay Chou kerana ia memberi imej yang buruk mengenai negara ini.

image is not available

Hannah Yeoh beri penjelasan isu ‘booking’ stadium

Tidak mahu isu ini terus berlarutan, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh semalam menerusi Twitter telah memberi penjelasan mengenai hal tersebut.

Menurutnya, pihak konsert Jay Chou telah membuat booking stadium bagi Jay Chou World Tour pada 13 Mac 2019, manakala FAM pula membuat booking untuk AFF 2022 pada 18 Ogos 2022.

Katanya lagi, konsert itu juga memerlukan 14 hari pemasangan pentas oleh 500 krew dan 185 krew antarabangsa. Ia termasuklah penggunaan 45 jentera berat, 200 speaker dan 800 lampu.

Mereka juga telah lewat 2.5 hari kerana memberi laluan kepada perlawanan Piala AFF baru-baru ini.

Sehingga setakat ini, dimaklumkan bahawa kesemua 59,000 tiket diperuntukkan untuk perlawanan tersebut telah habis dijual.

Diharapkan peminat bola sepak di luar sana bertenang dan berlapang dada dengan situasi yang dihadapi sekarang. Kalau masuk final jom ramai-ramai kita all out, okay?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.