“Buat Malu Saja..” – Gelaran Datuk Seri Suami Heliza Helmi Didakwa Palsu?

29 Sep 2022 • 11:29 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular di media sosial Facebook mengenai sebuah hantaran oleh seorang pengguna yang membuat pendedahan tentang suami kepada pelakon dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi.

Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan telah memuat nak status mendakwa suami Heliza iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman menggunakan gelaran Datuk Seri palsu.

Difahamkan, gelaran Datuk palsu bermaksud gelaran yang dibeli dan bukan dianugerahkan dari mana-mana Istana.

Suami Heliza Helmi kantoi pakai datuk scam!

image is not available

Meninjau di ruangan komen, hantaran tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada orang ramai yang rata-ratanya terkejut dan simpati dengan nasib pelakon Bukan Cinta Malaikat itu yang turut tertipu.

Malah, apa yang lebih mengejutkan apabila ada segelintir netizen yang mendakwa sudah lama mengetahui perkara tersebut kerana pernah bekerja di bawah suami Heliza.

Namun, ada juga yang berseloroh dengan menggelar mereka sebagai penunggang agama kerana sering menayang kemewahan tetapi akhirnya menipu.

image is not available

Setakat ini, Heliza dan Mahadi masih belum tampil memberikan penjelasan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 minggu lalu

"Macam Preggy Je Tu" - Berbaju 'Sari', Peminat Nampak 'Baby Bump' Heliza Helmi