Buat Pencinta Buku, Ini Peluang Anda Untuk Ke The Hills Book Fair Kuching

15 Mar 2023 • 3:37 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Book Fair ini berlangsung sehingga 2 April 2023

Buat Pencinta Buku, Ini Peluang Anda Untuk Ke The Hills Book Fair Kuching. Khas untuk ulat buku yang berada di Kuching, ini adalah peluang anda untuk mengumpul buku untuk dibaca.

Berlangsung di The Hills Kuching, The Hills Book Fair menawarkan pelbagai jenis buku murah untuk pilihan anda!

image is not available
Buat Pencinta Buku, Ini Peluang Anda Untuk Ke The Hills Book Fair Kuching

Semua buku terpakai dari Amerika Syarikat berkualiti tinggi

Pilih dari beribu-ribu pilihan buku sepuas hati anda di The Hills Book Fair yang sedang berlangsung sehingga 2 April 2023.

Book Fair tahun ini terdiri daripada buku-buku berkualiti bagus daripada Second Time Around Books, yang menampilkan banyak genre menarik yang mungkin menarik minat anda.

image is not available
Kredit: WOW Sarawak

image is not available
Kredit: WOW Sarawak

Daripada buku pendidikan kepada novel ringan dan vintaj, edisi tahun ini menampilkan 100,000 buku untuk dipilih. Anda pasti akan rambang mata dengan begitu banyak pilihan buku yang tersedia di sini.

Buku kanak-kanak dan dewasa kini berharga RM9.90 ke bawah – dan bagi mereka yang berminat, terdapat juga cabutan bertuah yang menampilkan tiket penerbangan ke Vancouver, Kanada sebagai hadiah utama!

image is not available
Kredit: WOW Sarawak

Sekiranya anda berminat untuk ke Book Fair ini, berikut adalah lokasinya dan masa operasi The Hills sebagai rujukan anda:

Lokasi: LG Level, The Hills Kuching
Masa: 10AM – 10PM

Lagi di sini: