Buat Podcast ‘Membawang’ Pekerja Sendiri, Syarikat Animasi Tempatan Terkenal Dikecam Netizen?

Entertainment
29 May 2023 • 4:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Alam pekerjaan bukanlah sesuatu yang mudah, kita bekerja untuk menampung kehidupan. Namun, banyak permasalahan yang boleh berlaku di tempat kerja dan salah satunya ialah persekitaran tempat kerja.

Bila bercakap mengenai persekitaran, banyak perkara yang perlu dititikberatkan dan antaranya ialah rakan-rakan sekerja.

image is not available

Klik di sini untuk video penuh.

Baru-baru ini, sebuah syarikat animasi tempatan yang sangat ikonik dengan rakyat Malaysia telah mengeluarkan sebuah podcast di YouTube yang didakwa mengutuk pekerja-pekerjanya atau dalam kata lain ‘membawang’.

Panelis podcast berkenaan merupakan mereka yang berjawatan tinggi dalam syarikat tersebut termasuklah pengarah kandungan kreatif serta pengurus sumber manusia (HR).

Dalam episod podcast itu, keempat-empat mereka bercerita mengenai perangai staf mereka yang bukanlah mengenai situasi kerja sahaja malah mereka juga bercerita tentang sesuatu yang peribadi.

“Cerita pasal staf tak move on, kadang-kadang tengok media sosial dorang, makan pun ajak team mate lama, pergi lepak pun ajak team mate lama.

Mungkin dia rindu, walaupun kata kita tak best lah apa lah,” kata salah seorang panelis itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengutuk syarikat tersebut memandangkan mereka adalah syarikat yang terkenal.

image is not available

Hmm, sedih ya kalau macam ni…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.