Buat Provokasi Kepada Peminat Lawan, Mbappe & Rakan Sepasukan Didenda

Entertainment
5 Apr 2025 • 12:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bintang bola sepak Perancis, Kylian Mbappe menjadi antara tiga pemain Real Madrid yang dikenakan tindakan disiplin oleh UEFA selepas didapati melanggar peraturan kelakuan sopan ketika pertembungan menentang Atletico Madrid dalam aksi kedua pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Memetik laporan Buletin TV3, Mbappe dikenakan denda sebanyak €30,000 (bersamaan kira-kira RM146,000), manakala rakan sepasukannya, Antonio Rudiger didenda lebih tinggi iaitu €40,000 (bersamaan kira-kira RM194,000). Pemain tengah Dani Ceballos pula menerima denda €20,000 (bersamaan kira-kira RM97,000).

image is not available

Selain denda, Mbappe dan Rudiger turut dikenakan penggantungan satu perlawanan Eropah. Namun begitu, hukuman itu tidak akan menjejaskan kelayakan mereka untuk diturunkan dalam aksi suku akhir pertama menentang Arsenal pada Selasa ini.

UEFA tidak memperincikan butiran kesalahan, namun tindakan itu didakwa melanggar Artikel 11 Kod Tatatertib badan induk bola sepak Eropah itu, yang merangkumi aspek kelakuan sopan dan profesionalisme pemain.

Insiden tersebut berlaku selepas perlawanan di Stadium Metropolitano pada 12 Mac lalu, yang menyaksikan Real Madrid menewaskan seteru setempat Atletico Madrid menerusi penentuan penalti selepas terikat 2-2 secara agregat.

image is not available

Beberapa pemain termasuk Mbappe dilaporkan bertindak memprovokasi penyokong lawan ketika meraikan kemenangan, sekali gus mencetuskan kemarahan di kalangan peminat dan media tempatan.

Bagaimanapun, seorang lagi pemain yang disiasat, Vinicius Junior, terlepas daripada sebarang hukuman.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.