Buat Ramai Bingung, Ustazah Ini Dakwa Makan ‘Painkiller’ Haram, Boleh Masuk Neraka

26 Nov 2022 • 12:00 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Benda haram memasuki tubuh

Buat Ramai Bingung, Ustazah Ini Dakwa Makan ‘Painkiller’ Haram, Boleh Masuk Neraka. Seorang penceramah bebas, Ustazah Siti Afifah menjadi perbualan netizen di media sosial apabila mendakwa pengambilan ubat tahan sakit adalah haram.

Menurutnya, amalan dan doa seseorang tidak diterima Allah sekiranya benda haram memasuki tubuh menyebabkan mereka meninggal dalam keadaan hina dan bakal masuk neraka kerana langgar syariat agama.

Sedikit atau setitik benda yang haram memasuki tubuh badan kamu, 40 hari amalan kamu tidak akan diterima dan doa tidak akan diangkat.

Penceramah bebas, Ustazah Siti Afifah

image is not available
Buat Ramai Bingung, Ustazah Ini Dakwa Makan ‘Painkiller’ Haram, Boleh Masuk Neraka

Melanggar hukum syariat Islam

Sekiranya Allah mengambil nyawa kamu dalam tempoh itu, maka kamu akan meninggal dalam keadaan yang hina kerana melanggar hukum syariat Islam

Katanya menerusi rakaman video tular di TikTok

Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen berasa bingung dengan kenyataan penceramah bebas tersebut sehingga mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Terdahulu, Ustazah Siti Afifah juga pernah tular dengan kenyataannya mendakwa suami adalah ‘dayus’ jika membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran.