Buat Rawatan Tanam Benang, Virgoun ‘Repair’ Hidung Bagi Mancung 

23 Jun 2023 • 11:36 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sejak kebelakangan ini, nama penyanyi Indonesia, Virgoun sering mendapat perhatian netizen gara-gara kontorversi rumah tangganya bersama Inara.

Bagaimanapun, penyanyi yang berusia 36 tahun itu sekali lagi menjadi bualan hangat ramai selepas tular sebuah video yang memaparkan dia membuat rawatan kecantikan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, Virgoun mendapatkan rawatan tanam benang di bahagian hidungnya di sebuah klinik derma pro Jakarta.

Difahamkan, Virgoun mahu membaiki saiz hidungnya kepada bentuk lebih mancung berbanding sebelum ini telah mencetuskan pelbagai reaksi ramai.

image is not available

image is not available

Virgoun nak glow up?

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap penyanyi tersebut cuba untuk ‘glow up’ selepas apa yang berlaku terhadap dirinya sebelum ini.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Banyak sangat benda nak ‘repair’ tu

Bukan itu sahaja, ada segelintir individu yang memerli tindakan Virgoun dan mendakwa masih banyak bahagian yang perlu dibaikinya selain buat rawatan mancungkan hidung.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sekadar info, Inara mendedahkan Virgoun telah menggunakan beberapa orang wanita untuk mendapatkan khidmat seks ternyata telah mengejutkan ramai.

Disebabkan terlalu malu dengan pendedahan yang dilakukan oleh Inara, Virgoun telah bertindak memfailkan penceraian di Pejabat Agama Jakarta Barat pada 5 Mei lalu.