“Buat Sebelum Penyakit Menjenguk” – Netizen Gesa Almy Nadia Buat Pembedahan Potong Usus Supaya Nampak Muda & Bertenaga

Entertainment
25 Feb 2023 • 11:01 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak kebelakangan ini, netizen seakan-akan sering memberi perhatian terhadap fizikal pelakon wanita, Datin Almy Nadia gara-gara kini dia kelihatan berisi berbanding sebelum mempunyai cahaya mata.

Suaminya iaitu pelakon, Datuk Fizz Fairuz pernah menjawab bahawa dia sama sekali tidak kisah dengan perubahan isteri tetapi sesetengah netizen masih bersifat ‘kepoh’ mahu ikut campur hal peribadi pelakon itu.

Terbaru, Almy ada berkongsikan hantaran paid review di Instagram dan dapat dilihat ada sesetengah netizen memberi ‘nasihat’ terhadap aktres itu untuk melakukan pembedahan bariatrik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial)

Individu yang kononnya menasihati ibu kepada 4 orang cahaya mata itu untuk membuat pembedahan bariatrik kerana tidak mahu dia hidap penyakit-penyakit yang tidak diingini serta tampil bertenaga semula.

image is not available

Komen berkenaan telah mendapat perhatian Almy untuk membalasnya dan dengan nada memerli, pelakon itu tidak kisah untuk melakukan pembedahan bariatrik tetapi bersyarat.

image is not available

Syarat yang diletakkan adalah individu yang beri cadangan tersebut perlu sediakan pembantu rumah yang boleh bekerja dari jam 5 pagi hingga 10 malam, dua orang pemandu bermula 6 pagi hingga 7 malam.

Dalam pada masa yang sama, Almy menjelaskan dirinya tidak boleh menjalani pembedahan pemotongan usus kerana masih menyusukan anak bongsu dan jika individu tersebut mahu dia tetap meneruskan pembedahan berkenaan, dia perlu menyusukan anak kecil Almy.

image is not available 4 minggu lalu

"Kalau Kurus, Saya Mengandungkan Balik" - Fizz Fairuz Tak Kisah Almy Nadia Dikutuk Gemuk