(VIDEO) Seronok Nyanyi Karaoke, Suami Fatin Afeefa Kena Bahan Dengan Netizen – “Haritu Kata Muzik Haram”

Music
22 Feb 2023 • 3:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang menjadi tumpuan orang ramai apabila menjawab satu pertanyaan daripada netizen.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai menjawab soalan sama ada dia akan hadir ke konsert band popular Indonesia iaitu ST12.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen ialah jawapan yang diberikan oleh pempengaruh itu yang mengatakan dia tidak suka pergi ke konsert kerana menganggap ianya perbuatan yang haram dan lebih gemar mendengar zikir.

Saya tak suka pergi konsert, dengar muzik ni haram. Saya pasang zikir je.

Baru-baru ini, tular pula mengenai sebuah video yang memaparkan Opai sedang seronok menyanyi di sebuah pusat karaoke.

Sususlan itu, rata-rata netizen telah mengutuk perbuatan suami pelakon itu kerana menganggap perbuatannya tidak seiring dengan apa yang diperkatakannya sebelum ini.

image is not available

Meninjau di ruangan komen, ramai yang turut menjadi Opai sebagai bahan gurauan dengan memerli tindakannya itu.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 hari lalu

"Forex Tu Tak Haram Pulak?" - Suami Fatin Afeefa Hanya Dengar Zikir, Anggap Muzik Dan Konsert Itu Berdosa